Wednesday 28 September 2011

Renungkan lah...

Fikirkan...

BESI itu kuat, tetapi API mampu meleburnya.
Api itu kuat, tetapi AIR mampu memadamnya.
AIR itu kuat, tetapi AWAN mampu menyejatnya.
AWAN itu kuat, tetapi ANGIN mampu menolaknya.
ANGIN itu kuat, tetapi BUKIT mampu menghalangnya.
BUKIT itu kuat, tetapi MANUSIA mampu menghancurkannya.
MANUSIA itu kuat, tetapi NAFSU mampu menundukkannya.

NAFSU itu kuat, tetapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA.
.

Ucapkanlah kepada pasangan anda....

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Keintiman seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan aku cinta..aku cinta kamu..
Katakan aku cinta..aku cinta kamu..
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi mengapa rungsing meluahkan perasaan
Mungkin mereka tahu
Andainya hari esok
Kita tidak terpisah

Tuesday 27 September 2011

ICT.. just try....


Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, internet amat penting dalam kehidupan seharian kita. Sebagai seoarang guru, internet dapat membantu dalam merancang strategi pengajaran. Sebagai contoh, kita boleh member atau menghantar tugasan, kerja rumah, memberi nota serta menyampaikan maklumat kepada murid-murid kita melalui e-mail. Melalui aplikasi internet dalam bilik darjah, murid-murid juga dapat mencari maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sangat sesuai dengan mana – mana matapelajaran, terutamanya ketika mencari gambar-gambar atau maklumat mengenai sesuatu perkara yang sukar ditemui melalui bahan bercetak. Secara tidak lansung, wujudlah suasana pembelajaran penerokaan (exploratory) dimana murid – murid akan mencari dan meneroka maklumat melalui internet dan portal –portal yang berkaitan. Murid – murid dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena yang berkaitan dengan tajuk secara simulasi serta memerhati maklumat peringkat demi peringkat serta dikawal oleh murid sendiri. Guru hendaklah berperanan sebagai mentor dan memberi bimbingan bila diperlukan. Jelaslah aplikasi internet dalam bilik darjah sangat berguna dalam meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan pembelajaran serta menyediakan murid dalam menghadapi arus kemodenan.

Assalamualaikum....

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar,
kalau salah, tolong ajarkan...