Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah mrupakan merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan
Komponen-komponen utama dalam Set Induksi
Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivas iuntuk belajar
Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.
Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas ituContoh Rancangan Pengajaran : Kemahiran memulakan pelajaran ( set induksi )
Matapelajaran : Sains.
Kelas : 4 Rajin
Tarikh : 19 Oktober 2011
Bil. Murid : 24 orang
Masa : 8.45 - 9.15 pagi ( 30 minit )
Bidang : Keperluan asas manusia
Hasil Pembelajaran : Memahami keperluan asas manusia
Bidang : Keperluan asas manusia
Hasil Pembelajaran : Memahami keperluan asas manusia
Objektif Pengajaran : Mengenalpasti keperluan asas manusia
Kemahiran Proses Sains : 1. Observation / memerhati
Kemahiran Proses Sains : 1. Observation / memerhati
2. Making Hypothesis / membuat hipotesis
3. Communication / Berkomunikasi
Bahan Bantu Mengajar : Botol yang mengandungi air ( minuman), sebungkus mee segera ( makanan)
Kemahiran yang dipilih: Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )
LANGKAH/ MASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN Kaedah P&P BBM | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI PELAJAR | |||
Set Induksi 10 minit | Keperluan asas manusia | - Guru memberi salam - Guru menunjukkan beberapa contoh makanan di hadapan kelas. - Guru bersoljawab dengan murid-murid Soalan: Apakah yang anda dapat perhatikan dihadap kelas? - Guru melakonkan situasi gaya seseorang sedang kelaparan. - Bersoaljawab dengan murid. Soalan: Apakah yang sedang berlaku kepada saya? Soalan: Apakah yang patut / perlu saya lakukan supaya tidak kelaparan? Soalan: Kenapa saya harus / perlu makan? Soalan: Sekiranya kita tidak makan, apakah yang akan terjadi kepada kita? | - Murid menjawab salam - murid memerhati makanan yang ditunjukan oleh guru Jawapan: Keropok dan air minuman. - murid memerhati simulasi yang dilakukan oleh guru dan cuba meneka apa yang sedang berlaku. Jawapan: Sakit perut kerana lapar. Jawapan: Makan nasi / minum air Jawapan: Supaya tidak lemah / tidak sakit. Jawapan: Akan meninggal dunia / kurus / sakit dan tidak sihat. | Kaedah P&P: Bersoaljawab BBM: Botol minuman yang berisi air, Sebungkus Mee ( contoh makanan) K.P.S Memerhati, Meramal |