Tuesday 29 November 2011

Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )


Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah mrupakan merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan

Komponen-komponen utama dalam Set Induksi

Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivas iuntuk belajar

Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.

 Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu


Contoh Rancangan Pengajaran : Kemahiran memulakan pelajaran ( set induksi ) 



Matapelajaran  : Sains.
Kelas : 4 Rajin
Tarikh : 19 Oktober 2011
Bil. Murid : 24 orang
Masa : 8.45 - 9.15 pagi ( 30 minit  )
Bidang : Keperluan asas manusia
Hasil Pembelajaran : Memahami keperluan asas manusia
Objektif Pengajaran : Mengenalpasti keperluan asas manusia
Kemahiran Proses Sains :   1. Observation / memerhati
          2. Making Hypothesis / membuat hipotesis
          3. Communication / Berkomunikasi
Bahan Bantu Mengajar  : Botol yang mengandungi air ( minuman), sebungkus mee   segera ( makanan)

Kemahiran yang dipilih: Kemahiran  Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )
 
 
LANGKAH/ MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Kaedah P&P
BBM
AKTIVITI GURU
AKTIVITI PELAJAR

Set Induksi

10  minit


Keperluan asas manusia
 - Guru memberi salam
- Guru menunjukkan beberapa contoh makanan di hadapan kelas.
- Guru bersoljawab dengan murid-murid

 
Soalan:
Apakah yang anda dapat perhatikan dihadap kelas?


- Guru melakonkan  situasi gaya seseorang sedang kelaparan.
- Bersoaljawab dengan   murid.

Soalan:
 Apakah yang sedang berlaku kepada saya?

Soalan:
Apakah yang patut / perlu saya lakukan supaya tidak kelaparan?

Soalan:
Kenapa saya harus / perlu makan?

Soalan:
Sekiranya kita tidak makan, apakah yang akan terjadi kepada kita?

 - Murid menjawab salam
- murid memerhati makanan yang ditunjukan oleh guru




Jawapan:
Keropok dan air minuman.


 
- murid memerhati simulasi yang dilakukan oleh guru dan cuba meneka apa yang sedang berlaku.

 
Jawapan:
 Sakit perut kerana lapar.

Jawapan: 
Makan nasi / minum air



Jawapan:
Supaya tidak lemah / tidak sakit.

Jawapan:
Akan meninggal dunia / kurus / sakit dan tidak sihat.
Kaedah P&P:
Bersoaljawab
BBM:
 Botol minuman yang berisi air,  Sebungkus Mee   ( contoh makanan)



K.P.S
Memerhati,
Meramal