Saturday 26 November 2011

RPH Kaedah Konstruktivisme

Racangan pelajaran yang berasaskan kaedah konstruktivisme.


Tahun                                       :           4 
Bil Murid                                   :            25 Orang
Masa                                        :           60 minit
Tema                                       :           Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran (LA)         :           Sifat Bahan
Objektif Umum(LO)                   :           Memahami bahan asli dan bahan sintetik
Hasil Pembelajaran(LOT)          :           Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
·      Mengenalpasti bahan asli dan  bahan sintetik
·      Menyatakan sekurang-kurangnya 3 bahan asli dan 2 bahan  sintetik

Kemahiran Proses Sains: Memerhati, berkomunikasi, membanding beza.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran         :Konstruktivisme
Strategi                        :           Aktiviti `Hands-on dan minds - on’

 
Fasa Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Bahan asli dan bahan sintetik
1. Guru menunjukan 2 buah kerusi ( kerusi kayu & kerusi plastik.
2. Guru mengemukakan soalan secara lisan.

1. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kerusi di hadapan?

2. Adakah kedua-dua objek ini diperbuat daripada bahan yang sama.

BBM:
kerusi kayu, kerusi plastik.

K.P.S: memerhati, komunikasi, membanding beza.

NILAI MURNI: sifat ingin tahu.



Perkembangan


10 Minit

Mengenalpasti bahan asli dan bahan sintetik.

Bahan Asli: 
bahan semulajadi yang diperoleh daripada tumbuhan, haiwan dan batuan.


Bahan Sintetik: bahan buatan manusia yang dihasilkan melalui proses kimia.

1. Meminta murid menyatakan contoh bahan asli dan sintetik yang terdapat di dalam bilik darjah secara lisan serta meminta murid menulis jawapan di papan hitam.

2.Guru memberi penerangan mengenai bahan asli dan sintetik kepada murid.




Pencetusan idea

15 Minit
Mengelas objek mengikut bahan.
Bahan asli
Contoh:
Kayu
Kulit
Logam

Bahan sintetik
Plastik
Kain sintetik

Nota:Gabungan bahan asli dan sintetik.
Contoh: Payung
1.Guru menunjukan beberapa contoh objek yang diperbuat dari bahan asli dan sintetik di hadapan kelas.

2. Meminta murid menyatakan objek yang ditunjukan di hadapan secara rawak.

3. Dalam kumpulan yang sedia ada, murid-murid dikehendaki mengelaskan semua objek mengikut jadual yang disediakan.
K.P.S: mengelas, memerhati, komunikasi
Nilai Murni:
Bekerjasama, berani mencuba.
A.B.M.
Bahan yang disediakan oleh guru. Contoh, tali pinggang, botol plastik, tembikar kecil,cincin logam, pemadam, berus,payung.


Penstrukturan semula idea

15 minit
Laporan daripada dapatan murid
   Jenis Aktiviti : Pembentangan

1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.
2. Setiap kumpulan disarankan untuk membuat perbandingan.
3. Guru membuat ulasan terhadap hasil pembentangan setiap kumpulan.
K.P.S: komunikasi,
Nilai Murni:
berdikari, bekerjasama, berani.

A.B.M:
Kertas Putih, Maker Pen, Pembaris


Aplikasi idea

10 Minit
Lembaran kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2. Guru dan murid berbincang mengenai soalan serta jawapan yang paling tepat.

K.P.S.
Komunikasi

Nilai Murni:
Bekerjasama, adil dan saksama, berani mencuba.

A.B.M
Lembaran kerja.







Refleksi
5 minit
Bahan Asli: 
bahan semulajadi yang diperoleh daripada tumbuhan, haiwan dan batuan.

Bahan Sintetik: bahan buatan manusia yang dihasilkan melalui proses kimia.

Mengelas objek mengikut bahan.
i.     Bahan asli
Contoh:
·      Kayu
·      Kulit
·      Logam

ii.    Bahan sintetik
·      Plastik
·      Kain sintetik

1.   Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.

Soalan:
1. Nyatakan maksud bahan asli?

2. Nyatakan maksud bahan sintetik?

3. Namakan 3 contoh bahan asli?

4.Namakan 2 contoh bahan sintetik?

K.P.S
Komunikasi

Kemahiran Berfikir
Menjana idea


 
Refleksi:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Serta objektif pelajaran tercapai. Murid terlibat secara aktif dan murid seronok belajar melalui kaedah konstruktisvisme. 

Kekuatan.
Penggunaan bahan maujud yang banyak sedikit sebanyak membantu dalam perlaksanaan pengajaran ini.  Jadi murid lebih faham dengan apa yang disampaikan dengan ada contoh-contoh bahan seperti yang dinyatakan. Murid terlibat dan memberi  kerjasama.
Kelemahan.

Murid tidak diberi peneguhan seperti hadiah atas sebab-sebab tertentu. Murid hanya diberi tepukan dan ucapan tahniah jika menjawab dengan betul.


 Lampiran 1.

    

Lampiran 2
1. , tali pinggang, 2. botol plastik, 3.tembikar kecil, 4.cincin logam,5 pemadam, 6. berus,7. payung.

Lembaran kerja 1.
 ( CONTOH JADUAL  CADANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH MURID)


BAHAN ASLI

BAHAN SINTETIK



 Lembaran Kerja 2.


 
Lembaran kerja 2

 1. Tandakan ( √ ) pada bahan asli dan ( X ) untuk bahan  Sintetik .
 
a)      Kapas            (    )               f ) Sutera                (    )
b)     Getah            (    )               g)  Kulit                  (    )
c)      Plastik           (    )               h) Kain Sintetik      (    )
d)     Kayu             (    )                i ) logam                (    )
e)      Kaca              (    )               j ) bulu                   (    )


  1. Mengapakah kita perlu memulihara bahan asli?

a.___________________________________________
   ___________________________________________

b.___________________________________________
   ___________________________________________








No comments:

Post a Comment