Rancangan Pelajaran harian Unit 2 ( Tenaga )
Tarikh/ Hari: 2 November 2011 / Rabu Masa : 7.30 – 8.30
Matapelajaran: Sains Bil Pelajar: 20 orang
Tahun : 5
Tajuk: Tenaga ( Tenaga bertindak )
Objektif : Perubahan Bentuk Tenaga
1.1 Menyatakan bentuk tenaga
1.2 Menyatakan tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Pengetahuan Sedia Ada : mentol yang menyala boleh menjadi panas
Kemahiran Proses Sains: Meramal, membuat inferens, berkomunikasi, membuat hipotesis
Bahan : Mentol, lampu picit, bateri, lilin.
Nilai :Bekerjasama, Kerajinan mensyukuri nikmat Tuhan
Kemahiran : Simulasi, penerangan, bersoaljawab dan sumbangsaran.
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi ( 10 Minit ) | Pelbagai bentuk tenaga | - Guru mengucapkan salam. - Guru meminta murid memerhati bhan-bahan yang ditunjukan oleh guru. - Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka perhatikan. | - Murid menjawab salam - Murid membuat pemerhatian. - Murid menyatakan apa yang mereka perhatikan. Lilin menyala, lampu picit, radio. | K.P.S Pemerhatian BBM Lilin, radio, lampu picit. |
Perkembangan. Langkah 1 ( 15 Minit ) | Pelbagai bentuk tenaga: Contoh: -Tenaga cahaya - Tenaga bunyi -Tenaga haba - Tenaga Kimia - Tenaha elektrik - Tenaga solar - Tenaga Keupayaan | - Guru memberi penerangan kepada murid mengenai kepelbagaian bentuk tenaga. - Guru menyatakan contoh bentuk – bentuk tenaga dan memberi penjelasan mengenai setiap contoh di papan tulis. - Guru meminta murid-murid untuk menyalin semula nota yang di tulis ke dalam buku nota. - Guru memilih murid secara rawak untuk bersoaljawab secara lisan dengan murid -murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. | - Murid memberi perhatian dan mendengar penerangan dari guru. - Murid mencatat nota yang ditulis oleh guru ke dalam buku nota mereka. - Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul. - | Kemahiran: Penerangan KPS: Berkomunikasi, inferens, membuat hipotesis |
Langkah 2 ( 25 Minit ) | Perubahan Tenaga. T.elektrik – T. Haba T. Elektrik – T. Bunyi + T. Cahaya T.Kimia – T. Haba + T.Cahaya | - Guru menerangkan bahawa tenaga boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. - Guru menyatakan contoh –contoh aktiviti yang melibatkan perubahan bentuk tenaga. - Guru membuat catatan mengenai aktiviti perubahan bentuk tenaga di papan tulis. - Guru meminta murid secara individu menyatakan perubahan tenaga bentuk tenaga yang terdapat pada peralatan yang dinyatakan. Contoh alat: - Periuk elektrik - Radio - Televisyen - Dapur gas - Kipas angin - Seterika - Jam dinding - Guru meminta murid memberi jawapan mengenai perubahan bentuk tenaga. - Guru membetulkan jika terdapat kesilapan. | - Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru. - Murid membuat catatan berdasarkan penerangan dari guru. - Secara individu, murid mencari jawapan mengenai perubahan bentuk tenaga yang terlibat berdasarkan peralatan yang diterangkan oleh guru. - Murid menulis jawapan mereka di papan tulis. | K.P.S: Pemerhatian, Berkomunikasi, inferens BBM: Lilin, radio, lampu picit. Kemahiran: Penerangan Nilai: Kerajinan, Bekerjasama |
Penutup ( 10 minit ) | Terdapat pelbagai bentuk tenaga: -Tenaga cahaya -Tenaga bunyi -Tenaga haba -Tenaga Kimia -Tenaga elektrik - Tenaga solar - Tenaga Keupayaan Contoh Perubahan Tenaga. T.elektrik – T. Haba T. Elektrik – T. Bunyi + T. Cahaya T.Kimia – T. Haba + T.Cahaya | - Guru merumuskan pelajaran pada hari itu denga bersoaljawab dengan murid. Soalan. Apakah conto-contoh bentuk tenaga? | - murid menjawab soalan guru. Jawapan. -Tenaga cahaya -Tenaga bunyi -Tenaga haba -Tenaga Kimia -Tenaga elektrik - Tenaga solar - Tenaga Keupayaan | Kemahiran : Bersoaljawab |
Refleksi :
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Objektif yang hendak di capai telah tercapai. Dan murid dapat mengaitkan dengan pengajaran yang lepas.
Kekuatan:
Kekuatan dalam menyampaikan pengajaran tajuk tenaga ini ialah, kefahaman murid serta pengetahuan mereka terhadap tajuk ini. Tambahan pula tajuk ini, dirasakan agak mudah dan senang untuk difahami dan dikuasai. Selain itu juga, murid telah belajar sedikit sebanyak mengenai tajuk ini pada pengajaran sebelum ini. Pengalaman lepas mereka juga penting untuk memudahkan mereka menguasai tajuk ini. Ini kerana, kebanyakan peralatan yang dinyatakan sering kali mereka lihat dan gunakan dalam kehidupan seharian.
Kelemahan.
Ketiadaan penggunaan peralatan Ict .Guru lebih banyak memberi penerangan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokuskan guru.
Langkah Penambahbaikan.
Cuba perbanyakan lagi bahan bantu mengajar, seperti mempelbagaikan lagi gambar-gambar yang berkenaan. Selain itu juga, cuba gunakan ICT dalam pengajaran seperti mengadakan tayangan video mengenai yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.
No comments:
Post a Comment