Sunday 11 December 2011

RPH Tenaga ( Tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui )


Rancangan Pelajaran harian Unit 3
Tarikh/ Hari: 4 November 2011 / Jumaat                        Masa : 8.30 – 9.00
Matapelajaran: Sains                                                  Bil pelajar: 20 orang
Tahun : 5
Tajuk : Tenaga ( Boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui )                                                             
Objektif : Memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga tidak boleh diperbaharui.
1.1  Menyatakan apakah tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga tidak boleh diperbaharui.
1.2  Menyenaraikan tenaga boleh diperbaharu dan tenaga tidak boleh diperbaharui.

Pengetahuan Sedia Ada : tenaga boleh habis jika dugunakan.
Kemahiran Proses Sains: Meramal, membuat inferens, berkomunikasi, membuat hipotesis
Bahan : Lampu picit, bateri,
Nilai :Bekerjasama, Kerajinan mensyukuri nikmat Tuhan
Kemahiran : Simulasi, penerangan, bersoaljawab  dan sumbangsaran.
 
 
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 Minit )
- tenaga boleh diperbaharui.
- tenaga tidak boleh diperbaharui.
-Guru mengucapkan salam kepada murid-murid.
- Guru menunjukan lampu picit yang menyala dalam keadaan malap.
- Guru bersoal jawab dengan murid.



Soalan.
1. Bagaimanakah keadaan nyalaan lampu picit tersebut?
2.   Mengapakah keadaan ini berlaku?
- Guru mengaitkan situasi dengan pelajaran.
- Gurid menjawab salam guru.
- Murid memerhati nyalaan lampu picit







Jawapan.
1.           Nyalaan lampu picit malap/tidak terang.
2.            Kerana bateri sudah hampir habis.
K.P.S: Pemerhatian
BBM:          Lilin, radio, lampu picit.
Kemahiran.  Bersoaljawab.







Perkembangan.
Langkah 1
( 10 Minit )
Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan. Contoh:
-Tenaga solar
- Tenaga air
- Tenaga angin
- Tenaga  biojisim

Tenaga tidak boleh diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila telah habis.
Contoh:
- Tenaga Nuklear
-Petroleum
-  Arang batu
- Gas asli

- Guru memberi penerangan mengenai tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
- Guru memberi contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boeh diperbaharui.
- Guru mengarahkan murid untuk membuat catatan.

- Murid mendengar penerangan dari guru.
- Murid membuat catatan / nota dari penerangan guru.

Kemahiran: Penerangan
KPS: Berkomunikasi inferens, membuat hipotesis
Langkah 2
( 10 Minit )
Tenaga boleh diperbaharui.
-Tenaga solar
- Tenaga air
- Tenaga angin
- Tenaga  Biojisim



Tenaga tidak boleh diperbaharui.
- Tenaga Nuklear
- Petroleum
-  Arang batu
- Gas asli
- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan)

- Guru mengedar bahan yang diperlukan seperti kertas mahjong, maker pen, warna kepada setiap kumpulan.

- Guru mengarahkan 2 kumpulan membuat peta minda berkenaan dengan  ’ tenga boleh diperbaharui ’ dan 2 kumpulan yang lain membuat peta minda mengenai ’ tenaga yang tidak boleh diperbaharui ’

- Setelah selesai, guru meminta setiap kumpulan untuk membuat pembentangan mengenai peta minda yang mereka hasilkan.

- Guru membuat ulasan mengenai peta minda yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.


- Guru memilih murig secara rawak untuk menyenaraikan contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

- Guru mengarahkan hasil kerja tersebut di lekat pada sudut matapelajaran di dalam kelas.
- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
- Murid mengambil bahan yang disediakan guru dan mula membuat peta minda seperti yang diarahkan oleh guru.
- Murid  membentangkan hasil keja mereka di hadapan kelas.
- Murid yang dipilih oleh guru datang ke hadapan kelas dan menyenaraikan contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui di papan tulis.
- murid melekat hasil kerja di sudut matapelajaran.
K.P.S:  Pemerhatian, Berkomunikasi, inferens
BBM:         lampu picit.
Kemahiran: Penerangan
Nilai:  Kerajinan, Bekerjasama


Penutup
( 5 minit )
Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan. Contoh:
-Tenaga solar
- Tenaga air
- Tenaga angin
- Tenaga  Biojisim

Tenaga tidak boleh diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila telah habis.
Contoh:
- Tenaga Nuklear
-Petroleum
-  Arang batu
- Gas asli

- Guru merumuskan isi pelajaran dangan aktiviti soaljawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari.

Soalan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga yang boleh diperbaharui?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

3. Apakah contoh tenaga yang boleh diperbaharui?




4. Apakah contoh tanaga yang tidak boleh diperbaharui?

 - Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Jawapan.
1. Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan
2. Tenaga tidak boleh diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila telah habis.

3.
- Tenaga solar
- Tenaga air
- Tenaga angin
- Tenaga  Biojisim






4. 
- Tenaga Nuklear
-  Petroleum
-  Arang batu
-  Gas asli
Kemahiran : Bersoaljawab, Penerangan


 
Refleksi :
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Objektif yang hendak di capai telah tercapai. Murid dapat menyatakan apakah tenaga yang boleh diperbaharu dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui dengan betul. Murid dapat menyenaraikan contoh – contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui, serta  dapat mengaitkan dengan pembelajaran yang lepas.
Kekuatan:
Kekuatan dalam menyampaikan pengajaran tajuk tenaga ini ialah, kefahaman murid serta pengetahuan mereka terhadap tajuk ini kerana telah diajar sedikit sebanyak dalam pembelajaran yang lepas.
 Kelemahan
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokuskan guru. Tiada tayangan video berkenaan dengan tajuk yang diajar. Jika ada murid mungkin lebih faham dengan lebih mendalam dan teperinci.
Langkah Penambahbaikan.
Cuba pelbagaikan lagi bahan bantu mengajar, seperti mempelbagaikan lagi gambar-gambar yang berkenaan. Selain itu juga, cuba gunakan tayangan video dalam pengajaran seperti mengadakan tayangan video mengenai yang berkaitan dengan tajuk yang diajar kerana ia mampu menambahkan lagi minat serta kefahaman murid terhadap apa yang diajar.





No comments:

Post a Comment