Tuesday, 27 September 2011

ICT.. just try....


Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, internet amat penting dalam kehidupan seharian kita. Sebagai seoarang guru, internet dapat membantu dalam merancang strategi pengajaran. Sebagai contoh, kita boleh member atau menghantar tugasan, kerja rumah, memberi nota serta menyampaikan maklumat kepada murid-murid kita melalui e-mail. Melalui aplikasi internet dalam bilik darjah, murid-murid juga dapat mencari maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sangat sesuai dengan mana – mana matapelajaran, terutamanya ketika mencari gambar-gambar atau maklumat mengenai sesuatu perkara yang sukar ditemui melalui bahan bercetak. Secara tidak lansung, wujudlah suasana pembelajaran penerokaan (exploratory) dimana murid – murid akan mencari dan meneroka maklumat melalui internet dan portal –portal yang berkaitan. Murid – murid dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena yang berkaitan dengan tajuk secara simulasi serta memerhati maklumat peringkat demi peringkat serta dikawal oleh murid sendiri. Guru hendaklah berperanan sebagai mentor dan memberi bimbingan bila diperlukan. Jelaslah aplikasi internet dalam bilik darjah sangat berguna dalam meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan pembelajaran serta menyediakan murid dalam menghadapi arus kemodenan.

No comments:

Post a Comment